Sunday, 20 May 2012

Terlanjur Mencintaimu!!!

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

 

Ria Qistina...


Sinopsis : 
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'




Sedikit Sedutan:

Qistina menyentuh lembut wajahnya. Mata, hidung, bibir... semua ada! Lubang hidung pun ada. dia melihat wajah kacak itu tanpa berkelip.
'Yes, I'm waiting. boleh kenalkan diri awak?"

Qistina mendengus. Kalau ya pun tunggu aku memperkenalkan diri, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Dia bingkas berdiri.

"Ria Qistina Umar." Lantan terus duduk tanpa menantikan arahan guru muda tersebut.
"Ria Qistina?"
Cikgu Zarif merenung wajah itu. Qistina diperhatikannya dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening. Seolah-olah hairan.

Qistina masih tak lepas memandang wajah Cikgu Zarif. "Cikgu ada masalah dengan nama saya?"
Sememangnya ramai yang akan menayang muka pelik mendengar namanya. Tapi untuknya, ia tidak pelik kerana nama itu adalah pilihan orang tuanya. Nama yang cukup simbolik, dan lain dari yang lain.

"Ria Qistina? Nama yang unik, seunik orangnya."
Unik? Nampaknya aku bertemu lagi dengan Cikgu Liana dalam diri kau. Hai, kenapalah guru akaun sentiasa ada masalah dengan aku? Asyik tak ngam aje. Dulu, Cikgu Liana dah aku halau dengan seekor lipas, lelaki ini macam mana pulak aku nak buat? Qistina menggigit bibir..

Andai Itu Takdirnya!!!

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."




ANDAI ITU TAKDIRNYA. Untuk penggemar novel romantik sure dah tahu kan pasal novel ni. Entah-entah ada yang dah khatam sampai 10 kali kan.hihi. Aku mula tertarik dengan novel ni bila aku nampak kawan aku baca pastu beriya iya suruh aku baca. Lama-lama aku tertarik nak beli novel tu terus simpan wat koleksi.




So, aku pun mula cari novel tu kat kedai buku sekitar Mid Valley sebab time tu aku keje kat sana. Tapi hampa. Semua kasi jawapan sama: HABIS STOK. Cepat kan habis stok. Bermakna novel ni best gila babeng. Sudah semestinya aku tidak akan lepaskan. Ok. Aku tak putus asa.. Aku teruskan pencarian minggu depannya. Akhirnya penantian aku tak sia-sia.. Dapat jugak aku beli novel ANDAI ITU TAKDIRNYA...

3 hari kemudian aku dah habis baca. Teruja nak habiskan. Teruja nak tahu apa akan jadi kepada rumah tangga Aleya dengan Aizril. Novel ni la yang berjaya gugurkan air mata aku. Dah berapa kali aku nak nangis lepas baca babak Aleya koma. Aku terharu dengan kata-kata Aizril. Nangis dan nangis lagi. Tersentuh beb.

Hati aku tiba-tiba jadi benci pada Zril. Lelaki yang penuh dengan egois. Tak habis-habis nak mempertahankan keegoaan dia sampaikan Aleya yang tak bersalah jadi mangsa. Tapi di sebalik ego Zril rupanya tersimpan perasaan sayang dan cinta pada Aleya.huhh. Macam biasa la. Laki kalau dah sayang mana nak tunjuk-tunjuk. Nak cover macho kunun.

Cerita ni bermula kat Warwick University, tempat Aleya dan Aizril bertemu. Aleya masa tu dah simpan rasa sayang dia pada Zril tapi siapakah dia untuk memiliki Zril. Aleya anak orang miskin dan Zril anak koporat, dari golongan berada. Mereka bukan setaraf. Tapi takdir telah menyatukan mereka kepada satu insiden. Kes tangkap khalwat kat kondo Zril telah menyatukan mereka. Maka bermula la penderitaan Aleya semasa berkahwin dengan Zril. Zril dera Aleya dari segi mental dan fizikal. Sampaikan Zril sanggup perkosa Aleya, bini dia sendiri. WTF!!

Lepas kes perkosa tu, Aleya hamil. Zril bercadang nak ceraikan Aleya lepas nikah dengan sepupu dia, Sharifah Emilin. Tapi tak jadi nikah. Sebab Zril sedar dalam diam dia ada perasaan sayang kepada Aleya. Ok. Aku hanya nak cerita sampai situ. Yang lanjutnya sila beli novel ni dan baca. Gerenti korang puas baca.

Aku memang suka dengan watak Sharifah Emilin tu. Memang menjadi watak gedik dia. Even Zril dah kawin dengan Aleya dia still nak kacau rumah tangga Zril. Katanya Aleya dah rampas kekasih hati dia tu. Nak balas dendam katakan. Macam-macam cara dia buat supaya Aleya benci dengan Zril.hoho. Menjadi? Sure la menjadi. Kalau tak menjadi baik tak yah ada watak Sharifah Emilin.haha.

Overall, kalau ada 5 bintang aku kasi 5 bintang. Ada 10 bintang aku kasi 10 bintang. Sesiapa yang baca novel ni akan tersentuh beb.Tapi aku sure semua kawan-kawan aku dah baca kan... Bagi yang belum baca,pegilah beli pastu baca....