Hari ini
baru aq sedar bahawa janji itu hanyalah sebahagian dari kata - kata... Dapat
dirubah, boleh juga untuk dilupakan... Tapi menerima janji, sampai mati
diingati... Ada
waktunya janji menjerut hati sendiri semata - mata untuk kegembiraan orang yang
kita cintai...
Aq ingin mencintaimu dengan sederhana seperti kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aq ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya
tiada... Benar juga kata orang, ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
kepada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk
mencintai seseorang... Tetapi, ia mengambil masa seumur hidup untuk melupkan
seseorang itu... Namun perlukah aq lupakan dia yang pernah tinggalkan aq demi
yang lain? Meskipun aq cinta, perlukah aq biarkan diri aq kembali sakit untuk
alasan yang sama?? Aq belajar melupakan seseorang yang melupakan aq... Aq
belajar memafkan semua yang menyakiti aq... Aq juga belajar untuk jadi yang
terbaik pada orang yang aq sayangi.. Tapi satu yang aq tak pelajari iaitu
"harus belajar tersenyum disaat orang yang aq sayangi menyayangi orang
lain... Kini kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian... Cubalah
hargai saya selagi saya masih cinta.. tak perlu hargai saya bila saya dah
terluka... Betulah kata orang, kita hanya akan menghargai sesuatu itu apabila
kita bakal kehilangannya... Kenapa bila semuanya terjadi barulah kita akan
tersedar dan menyesal kerana tidak sempat mengucapkan sayang dan rindu?? Kenapa
tidak dulu kita ucapkan segala galanya supaya kita nanti tidak akan menyesal
seperti sekarang?? Belajarlah mencintai seseorang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi
dari hidupmu.. hari ini mungkin dia masih mencintaimu,tapi mungkin besok takkan
ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang lebih mencintai dia ketika
dia telah pergi.. Jadi jangan sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi
hatimu... Kini aq takkan siksa diri lagi kerana cinta.. Belajar melepaskan
adalah lebih baik dari terus menyimpan perasaan terhadap dia yang kini sudahpun
bukan milik aq lagi...
No comments:
Post a Comment