Thursday, 12 April 2012

Itulah CINTA....


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu tersekat di dadamu saat melihat dia? Itu bukan Cinta, itu
SUKA...
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
 Itu bukan Cinta, itu
 NAFSU...

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? 
Itu bukan Cinta, itu
KESEPIAN...

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? 
Itu bukan Cinta, itu
KESETIAAN...

 Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu
tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu
BELAS KASIHAN...

 Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu
 TERGILA-GILA...

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya? Itu bukan Cinta, itu
PERSAHABATAN...

 Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu
DUSTA...

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi
untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu
KEMURAHAN HATI...


TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan
 dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami …
menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA...

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu sebahagian dirinya dan
 siapa dirinya? Jika demikian,
ITULAH CINTA...

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan? Jika demikian,
ITULAH CINTA...

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat
 itu dia kuat? 
ITULAH CINTA...

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? 
ITULAH CINTA...

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? 
ITULAH CINTA...

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
 mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya
CINTA...





No comments:

Post a Comment