Ramai suami yang tidak gemar
menghadiri "Baby Expo". Benar atau tidak? Baca luahan hati seorang
lelaki bergelar suami di bawah.
Ada
yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah
kalau saya kata 'Tak'
Bulan
3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya
yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap
berkemas kami bertolak.
Dalam
pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak
kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik.
Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya
keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai
di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak
suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni.
Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan
mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10
minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang
bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi
bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring
duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya
bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore
ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi
buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.."
Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak,
mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa
yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari
minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan
pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal
berkurang.
"Dah
lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya
dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk
menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan
perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali
lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk
untuk berjumpa Isteri.
"Dah
ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang
ni je Abang..''
Tunjuk
dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers
new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya
yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita
cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam.
Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok
lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam
masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas
pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak
duk diam sudah.
Selesai
Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar.
Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan
ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak
payahlah.."
"Tapi
bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik
lah nanti.."
Saya
diam.
Membisu.
Tak
kata apa-apa.
Selang
beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia
faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang
selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan
saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller
lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang.
Saya lagi bengang.
Keadaan
itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya
hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.
Dengan
keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang
baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian.
Memang kesian.
Tapi
kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada
memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang
kembali. Huuu..
Dia
berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya
di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin
tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara
dalam hati saya. Katanya..
"Jika
dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan
muka..!!"
Saya
pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku
luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan
mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan
dari-Nya.
"Astarghfirullah..
Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan
air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya
begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada
masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi
yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia
merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi
manusia sejati.
Allah..!!
Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan
Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu
tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak
selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum
bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah
sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya
terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu
lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua
orang anak.
Si
suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik
yang bulat pipinya.
Saya
teringat kakak.
Tak
semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya
menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan
rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap
Isteri.
"Apa
yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya
seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss..
Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya
buntu.
Nafas
sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya,
saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada,
saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap
mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada
dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan
Isteri.
"Bukan.
Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan
jugak.."
Melilau
saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah
memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke
belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri
sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di
dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya
segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi
bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya
ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya.
Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee
latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan
tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!!
Bahagianya saya rasa..
Kami
berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk
kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang
tersisa.
"Abang..
Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya
masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan
letakkan dia kembali di stroller.
Saya
tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka
saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya
silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom,
kita cari pampers new born baby.."
Tengok.
Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak
sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya
redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers
dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers
kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun
happy.
Selesai
semuanya, barulah kami pulang.
Dalam
kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan
dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan
Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya
kucup tangannya.
Setelah
traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju
destinasi cinta.
**
Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah
isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa
seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan
buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang
tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat
suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka
berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk
kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku
sebelumnya.