PILIH SALAH SATU PINTU DESTINASI ANDA
Gambar di atas memaparkan
enam pintu gerbang yang menuju ke beberapa destinasi yang berbeza.
Gambar-gambar ini telah diterapkan beberapa elemen yang secara tidak langsung
boleh menerangkan minat dan juga personaliti seseorang.
Apa
yang anda perlu lakukan adalah memilih salah satu destinasi yang anda rasa
selesa dari gambar diatas, kemudian membaca butiran berdasarkan nombor yang
telah diberikan di dalam artikel dibawah. Selamat mencuba.
Pilihan
1 - Kebebasan
- Anda
merupakan seseorang yang sukakan kebebasan.
- Anda
memerlukan ruang dan masa untuk melakukan sesuatu perkara mengikut adunan
tersendiri.
- Anda
adalah jenis yang suka berdikari dan suka melawan tetapi bagi anda
pergaduhan bukanlah sesuatu yang bijak
- Anda
sukar untuk menerima seseorang atau sesuatu yang baru.
- Tekanan
adalah perkara yang anda benci kerana anda suka menikmati kehidupan.
Pilihan
2 - Individualiti
- Anda
jenis yang suka bergerak secara bersendirian.
- Suka
memerhati, berfikir dan menyelesaikan perkara yang bermain di benak
fikiran anda.
- Anda
seorang unik dan mempunyai perspektif yang mendalam dalam sesuatu perkara.
- Anda
melihat dunia dalam cara yang unik, dan orang sekeliling anda boleh bermanfaat
darinya.
- Anda
seorang 'loner' tetapi anda boleh menjadi rapat dengan seseorang tetapi ia
akan mengambil sedikit masa.
Pilihan
3 - Berwarna-warni
- Hidup
anda penuh dengan keceriaan kerana anda adalah seorang yang ceria.
- Anda
suka berinteraksi dan orang sekitar anda senang untuk berinteraksi dengan
anda.
- Anda
suka memulakan perbualan, dan bertanya banyak soalan.
- Sifat
ingin tahu anda yang tinggi menyebabkan anda belajar lebih dari orang
lain.
- Anda
seorang yang cerdik dan dalam masa yang sama lucu.
- Anda
akan berfikir lebih bagi memastikan orang sekeliling anda dipenuhi dengan
gelak ketawa.
Pilihan
4 - Menarik
- Anda
akan menjalani kehidupan yang menarik dan juga mencabar!
- Anda
selalu melihat kehadapan di dalam hidup
- Biasanya,
apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan membuat keputusan
tanpa berfikir panjang, tapi biasanya semua keputusan yang anda buat
adalah sentiasa menjadi!
- Peraturan
adalah perkara yang kurang disenangi oleh anda dan dalam masa yang sama
anda adalah seorang yang 'careless'.
- Anda
seorang yang spontan dan juga suka mencari keseronokan.
Pilihan
5 - Kedamaian
- Kedamaian
dan keamanan antara perkara yang dipentingkan oleh anda.
- Selain
itu, anda juga seseorang yang 'low-maintainance'
- Anda
tidak suka diganggu/ dihalang.
- Apabila
tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan mengambil keputusan yang
paling mudah sekiranya boleh.
- Anda
tidak suka membenankan diri anda.
- Orang
disekeliling anda akan merasa sokongan yang anda berikan kerana anda
seorang yang 'supportive'.
- Anda
terkenal sebagai seorang yang konsisten dan juga seorang yang melihat
sesuatu secara menyeluruh.
Pilihan
6 - Sunyi & Tenang
- Anda
sukakan keadaan yang sunyi dan tenang.
- Anda
boleh menghabiskan masa secara berseorangan tanpa merasa sunyi.
- Anda
ingin mengerti kesemua aspek yang timbul di dalam kehidupan anda.
- Setiap
perkara yang anda lakukan mempunyai sebab dan anda sudah berfikir dahulu
sebelum membuat sesuatu perkara.
- Kawasan
yang dipenuhi orang ramai akan dielakkan oleh anda tetapi bukan bermakna
anda tidak sosial.
- Anda
mementingkan perhubungan yang sejati dan suka berinteraksi secara
berdua-duaan.
No comments:
Post a Comment