Saturday, 15 November 2014

Kehilangan Satu - Satunya Adik Yang Aqu Miliki...

21 SEPTEMBER 2014 Merupakan satu tarikh paling sedih dalam hidup aq.. Aq kehilangan satu - satunya adik yang aq ade... Sedih, Pilu... Aq tak sangka perkara mcam ni boleh jadi dekat aq.. Apa salah dan silap adik aq sampai dia perlu jadi mangsa? Ye aq akui adik aq mungkin degil tapi, sedegil - degil dia pun bila ditegur dia diam dan tak pernah menjawab.. Takpelah adik, Tuhan lebih sayangkan adik... Abang, Mak, Abah, Kakak & sume anak buah akan sentiasa rindukan adik... Abang tetap akan sayangkan adik selama - lamanya... Semoga pelaku akan dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia buat!!! Semoga Arwah Adik tenang disana.. Al-Fatihah buat Allahyarham MOHD SHARUL BIN ALI ..

Aq share sikit berita yang keluar dalam paper...




SUNGAI BULOH – Kegembiraan seorang lelaki berhibur bersama rakannya bertukar tragedi apabila maut ditikam dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Kampung Baru, Sungai Buloh, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Sharul Ali, 22, bersama rakannya dipercayai bergaduh dengan sekumpulan empat lelaki lain di tingkat satu pusat hiburan itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.15 pagi, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati berlaku pertelingkahan, tolak-menolak dan ugutan kira-kira jam 11 malam, sebelum kesemua mereka dipercayai terbabit dalam pergaduhan tiga jam kemudian.

“Kita percaya kejadian itu berpunca daripada salah faham,” katanya, semalam.
Junaidi berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh rakannya, sebelum disahkan maut setelah tiba di hospital berkenaan.

“Susulan kejadian itu, dua adik-beradik berusia 19 dan 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan setelah kita meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya suspek menggunakan pisau lipat untuk menikam mangsa di leher. Namun katanya, tiada sebarang senjata tajam ditemui setakat ini.

“Kita masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Ali Husin, 50-an, berkata, dia mengetahui kejadian itu setelah dihubungi oleh anak perempuannya yang tinggal di Jinjang, Sentul, kira-kira jam 4 pagi.

“Dia hanya memaklumkan, 'abah, Sharul dah tiada',” katanya.

Ali berkata, Sharul keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang tanpa memberitahu ke mana dia mahu pergi.

“Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Segambut, selepas selesai bedah siasat,” katanya.


--Sinar Harian












No comments:

Post a Comment