KISAH
TUKANG KASUT (OKU) DI KAKI LIMA YANG MEMBUAT ANDA SEBAK MENGALIR AIR MATA |
Klinik kasut. Itulah gelaran yang diberikan kepada tukang kasut kini. Mereka
juga doktor. Doktor kasut.
Jom
hayati kisah seorang tukang kasut OKU yang pasti membuat anda sebak sampai mengalir
air mata di bawah.
Baca
kisah si tukang kasut di kaki lima yang juga merupakan seorang OKU:
-----------
Dalam
perjalanan balik dari mall.
Aku
menyusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut. Dah tercabut tapak.
Nampak
seorang pakcik tua di kaki lima. Orang kurang upaya. Manusia normal seperti
kita, cuma tanpa sepasang kaki.
Beliau
tengah mengilat kasut seorang lelaki bersut pejabat. Lelaki itu berdiri.
Kakinya pada papan kasut yang disediakan. Pakcik tua tekun menjalankan
kerjanya.
Kami
menghampiri pakcik tua tersebut. Tunggu giliran.
"Dah
siap ke? Lambat betul la kiwi pun." Lelaki tu mengeluh-ngeluh.
"Dah
siap, tuan." Pakcik tua memberhentikan gosokan. Lap kali terakhir kasut
lelaki yang sedang berdiri tersebut.
"Tak
nampak berkilat pun. Berapa?" Lelaki itu tanya harga.
"RM3.00."
Pakcik itu senyum jawab.
"Gila
mahal! Dahlah tak berkilat langsung!" Sambil dia mengeluarkan 3 keping
note biru. Campak ke papan kasut. Baru saja pakcik mahu mengutipnya, diletakkan
kembali kasut atas tangan pakcik tersebut. Pijak tangan pakcik!
Pakcik
mengaduh perlahan. Nampak berkerut mukanya yang berkedut seribu.
"Kalau
buat kerja tak elok, ni lah makan dia!" Lelaki tu ketawa kemudian
mengalihkan kasutnya.
Berlalu
dari situ.
Aku
dan kawan panas hati melihat kejadian itu. Lantas aku berteriak,
"Woi
tua kutuk! Kau tak ada hati perut ke pijak tangan orang tua?"
Lelaki
itu berpaling. Kemudian, ketawa. Seraya angkat jari tengahnya pada kami.
"Pergi
mampus kau orang semua."
Dia
tak layan. Terus berlalu. Aku cuba kejar. Nak terajang beliau. Tapi segera
dihalang pakcik tua.
"Sabar,
nak. Tak mengapa. Tak mengapa." Pakcik tua senyum sambil pegang sebelah
kakiku.
Bagaimana
pakcik boleh bersabar sedangkan kami dah hilang sabar?
Kami
duduk bersila di sebelah pakcik di kaki lima.
"Allah
dah banyak kali sebut Allah bersama-sama orang yang sabar dalam al-Quran.
Biarlah Allah yang tunjuk amarah-Nya. Amarah pakcik, amarah kamu berdua tidak
sebesar amarah Allah. Murka Allah itu lebih ganas. Lebih dahsyat." Pakcik
senyum lagi.
"Tapi
lelaki tu dah melampau!" Aku tak puas hati. Kawanku diam gigit bibir.
Tahan marah agaknya.
"Jangan
marah. Ingat. Ni cuma kesakitan kecil dibandingkan dengan umat Islam di Syria,
Afrika, dan lain-lain. Di Afrika, kepala orang Islam dipijak hingga lumat. Di Syria,
orang Islam disembelih hidup-hidup, disiat, dirogol. Apalah sangat sakitnya
tangan pakcik ni. Tak luka pun. Dah, jangan marah ya.
Ni
nak baiki kasut ya?"
Aku
mengangguk perlahan. Sambil serahkan kasutku. Pakcik tu segera menjalankan
tugasnya. Tampal dan jahit mana yang patut. Dibersihkan kasutku hingga nampak
baru.
"Siap.
RM5.00."
Kawanku
keluarkan note RM50. Dihulurkan pada pakcik. "Pakcik, ambillah, tak perlu
berikan baki."
Pakcik
tu menolak.
"Walaupun
untung pakcik sehari-hari tidak banyak. Tak sampai RM50 pun sehari, tetapi
pakcik bersyukur. Yakin yang sikit itulah rezeki Allah yang bersih lagi halal.
Makin banyak duit di tangan pakcik, makin gelisah hati pakcik. Lagipun pakcik
tak sara sesiapa melainkan diri sendiri.
Ramai
orang dapat duit banyak. Dapat duit cara cepat. Dapat duit dari keuntungan
modal orang bawahan, downline dan sebagainya. Tapi duit itu segera habis. Duit
itu tidak berjaya menenangkan hati. Tidak berjaya melapangkan dada."
Nak
tak nak, pakcik tu nak RM5 juga. Taknak RM50. Kami akur.
"Doakan
pakcik. Anak-anak ni soleh. Doa orang soleh dimakbul Allah. Doakan pakcik
bahagia di alam kubur. Doakan pakcik dikurnia Syurga. Pakcik bimbang, kerana
pakcik tidak berdaya segera ke masjid tiap kali masuk waktu solat, selalu terlewat
sebab pakcik berjalan dengan tangan. Bimbang Allah marah. Bimbang Allah hukum
pakcik sebab lambat ke masjid. Tolong ya."
Pakcik
senyum. Namun di matanya berkaca-kaca.
Kawanku
peluk pakcik tu erat-erat.
"Insya-Allah
pakcik. Amin, amin, amin."
Kami
bersalam kemudian mengucapkan selamat tinggal pada pakcik tua.
Dalam
perjalanan pulang, aku terasa sungguh ke dalam hati.
Kami
dikatakan soleh. Hanya kerana kami pakai kopiah.
Pakcik
takut dihukum Allah kerana lambat ke masjid.
Aku
langsung tidak ke masjid kecuali solat Jumaat sahaja.
Pakcik
sabar. Aku sebaliknya.
Akulah
bahan api neraka yang sebenarnya.
Aku.
Tak
semena-mena air mata turun sendiri.
Tak
mampu ditahan lagi bertakung di empangan.
Kolam
air mata ini.
No comments:
Post a Comment