Hari ini baru aq
sedar bahawa janji itu hanyalah sebahagian dari kata - kata... Dapat dirubah,
boleh juga untuk dilupakan... Tapi menerima janji, sampai mati diingati... Ada
waktunya janji menjerut hati sendiri semata - mata untuk kegembiraan orang yang
kita cintai...
Aq ingin mencintaimu
dengan sederhana seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang
menjadikannya abu... Aq ingin mencintaimu dengan sederhana seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada...
Benar juga kata
orang, ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati kepada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mencintai seseorang... Tetapi,
ia mengambil masa seumur hidup untuk melupkan seseorang itu... Namun perlukah
aq lupakan dia yang pernah tinggalkan aq demi yang lain? Meskipun aq cinta,
perlukah aq biarkan diri aq kembali sakit untuk alasan yang sama??...
Aq belajar melupakan
seseorang yang melupakan aq... Aq belajar memafkan semua yang menyakiti aq...
Aq juga belajar untuk jadi yang terbaik pada orang yang aq sayangi.. Tapi satu
yang aq tak pelajari iaitu "harus belajar tersenyum disaat orang yang aq sayangi
menyayangi orang lain...
Kini kupasrah
menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian... Cubalah hargai aq selagi aq masih cinta.. Tak perlu hargai aq bila aq dah terluka... Betulah kata
orang, kita hanya akan menghargai sesuatu itu apabila kita bakal
kehilangannya...
Kenapa bila semuanya
terjadi barulah kita akan tersedar dan menyesal kerana tidak sempat mengucapkan
sayang dan rindu?? Kenapa tidak dulu kita ucapkan segala galanya supaya kita
nanti tidak akan menyesal seperti sekarang?? Belajarlah mencintai seseorang
yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu.. Hari ini mungkin
dia masih mencintaimu,tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu dan
mungkin esok kamu yang lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi jangan
sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu…
Kini aq takkan siksa
diri lagi kerana cinta. Belajar melepaskan adalah lebih baik dari terus
menyimpan perasaan terhadap dia yang kini sudahpun bukan milik aq lagi…
No comments:
Post a Comment